Saturday, July 9, 2011

After Effect Rotoscoping HALAGEL

Salam satu Malaysia..

Saya Wan Fahti Kamil Wan Hashim..ingin berkongsi pengalaman..bagaimana menghasilkan teknik suntingan rotoscoping..hahaha..cam klakar skit klau ckp dalam bahasa malaysia...sbb xda lagi perkataan yg sesuai..so nntkn bagaimana penghasilan teknik ini dengan menggunakan After Effects..

New Beginning of VIDEO and FILM EDITING in Bahasa Malaysia

Salam..saya Wan Fahti Kamil Wan Hashim dengan ini akan melancarkan satu pembahruan keatas blog yg dh lama xdiupdate ni kepada blog khas utk peminat2 atau pengemar After Effects dan Final Cut Pro..ini adalah disebabkan hidupku dh terlampau bosan...hahahaha..skrang ni rasenya nak berkongsi ilmu yg ada ni pada pengemar After Effect mahupun FCP dengan menghasilkan beberapa tutorial dalam bahasa Malaysia..ini boleh membantu dan berkongsi pengalaman dalam penghasilan kesan khas di dlam sesuatu video atau pun filem..marilah sama2 kita menaikkan martabat perfileman di tanahair terchenta dengan menghasilkan sesuatu filem yg mampu memberi input2 yg berguna dan menarik..saya percaya filem mampu mengubah persepsi atau pendirian seseorang serta memotivasikn diri menjadi seseorang yang lebih berguna..please support our local..MALAYSIA BOLEH PUNYERR...

Wednesday, November 3, 2010

Pandangan Dari Professional

oleh Hassan Abd Muthalib
Karyawan Tamu Kanan, FACT, UiTM

Sinema adalah seni yang luar biasa di mana pemikiran manusia boleh menjadi imejan. Oleh kerana ia bersandarkan pemikiran, maka filem tergolong di dalam disiplin falsafah. Dan ternyata hari ini, bidang falsafah pula sudah diperkayakan oleh sinema.

Lima filem dari FACT, UiTM yang ditayangkan di Panca Delima, FACT, kampus Puncak Perdana, Shah Alam baru-baru ini memperlihatkan pemikiran beberapa karyawan muda yang menampakkan kegembiraan, keresahan atau pun sensitiviti mereka tentang bangsa, masyarakat & negara. Mereka meneroka subjek masing-masing dengan bersandarkan alam Melayu yang sebenar (& bukan alam Melayu fantasi seperti yang dibawa oleh kebanyakkan filem arus perdana masakini). Karyawan-karyawan muda inilah pelapis yang menjadi harapan sinema Malaysia yang sebenar di masa-masa akan datang.


TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA (20’) Kamil Hashim

SINOPSIS: Kisah Hang Tuah dari zaman Melaka dahulu yang tiba-tiba muncul di Kuala Lumpur pada abad ke-21.

KOMEN: Menurut watak Hang Tuah dalam filem ini, Melaka dulu adalah Pusat Dagangan Dunia yang terkenal dengan budaya & warisan Melayu. Dia hairan bagaimana di KL, Melayu tidak merupakan Melayu. Semuanya sudah menjadi pelik, di antaranya:

Wira hanya terdapat pada nama kereta; Hang Tuah menjadi nama stesen LRT; Istana kini nama hotel; Sari Ratu rupa-rupanya restoran; nama anak Melayu pula Qistina; di sana sini restoran bernama orang putih seperti Pizza Hut & Honey Bake; Melayu bercakap bahasa Inggeris sesama mereka, mencarut, gila wang, memakai tatoo & bergaduh sesama sendiri. Gadis Melayu yang jelita sebenarnya mak nyah!; Bangsa Melayu kini sudah menjadi Bangsa Malaysia walaupun jumlah mereka lebih banyak; dan masih tak sudah sudah nak adakan perbincangan tentang Melayu akan pupus dalam 50 tahun lagi. Signage slogan politik & gambar ahli politik yang tergantung megah di bangunan pencakar langit mengundang persoalan: Apakah yang dilakukan oleh mereka yang dipilih rakyat untuk mengatasi masalah-masalah ini?
Filem ini membawa subjek & treatment yang menarik tentang isu yang sering diperkatakan kebelakangan ini yang juga meresahkan pembikin filem ini. Subjek yang sama sudah pun dibawa oleh beberapa karyawan filem seperti U-Wei HajiSaari (dalam kesemua filemnya) yang melontar persoalan: Mengapa Melayu dah jadi macam ni? Wan Azli Wan Jusoh dalam BUDAK KELANTAN: pula bertanya, Apa dah jadi pada Melayu? Persoalan yang sama dibawa oleh Ridhwan Saidi dalam filem pendeknya, KAKI LIMA. Namun sebagai anti-thesis, MY INDIE ROCK DARLING membawa kenyataan, Inilah namanya Melayu (walaupun gaya & rupa watak-watak tidak menyerupai Melayu yang sebenar.

Dari sudut treatment, TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, menggunakan pendekatan binary opposition, ia itu, menampakkan kontras di antara yang lama & yang baru; yang berbudaya & yang sudah hilang budaya; yang lembut & yang kasar; dan yang bersabar berbanding yang angkuh. Begitu juga dengan tulisan Jawi yang asli berbanding tulisan Rumi yang bercampur Inggeris.

Alam Melayu dulu terkenal dengan pelbagai keunikan seperti bunian, jampi serapah, mantera, rasuk, amok & bermacam keajaiban yang datangnya dari ilmu kebatinan yang diamalkan orang-orang Melayu. Mahaguru Melayu dahulu kala sememangnya mengenal dua alam, ia itu, yang zahir & yang batin. Kamil Hashim bersandarkan alam Melayu ini dalam bercerita dengan menggunakan warkah sakti & kata-kata hikmat dari guru Hang Tuah, Sang Adi Putra, yang kemudian menerbangkan Tuah ke abad ke-21. Tuah sendiri mempunyai kelebihan yang digunakannya dengan hanya membaca Bismillah. Tetapi kini, kesemua kelebihan orang-orang Melayu itu sudah tidak ada lagi kerana manusia Melayu sudah menjadi kapitalis.

KRITIKAN: Still foto & nama watak-watak utama kemas, menampakkan mereka benar-benar Melayu & ini kena dengan tema cerita. Syot pertama yang diambil dari belakang, walaupun dalam bahasa filem bersifat negatif, adalah wajar kerana ianya berfungsi sebagai petanda awal tentang sesuatu yang tidak kena (foreshadowing). Namun, kemudian bahasa filem dalam adegan awal kurang mantap. Mise-en-scene kurang baik kerana framing, susunan pelakon,sekuen syot tidak kemas & suntingan yang kelam kabut membawa konotasi ada sesuatu yang tak kena di kalangan mereka (yang lebih sesuai ditonjol dalam adegan-adegan di KL).

Tuah & Labu pula tak boleh dibuat tight framing (menampakkan similarity yang merosakkan gestalt filem) kerana Labu hanya pembawa berita (dalam penulisan lakonlayar dipanggil messenger). Labu tidak memainkan peranan yang penting dalam cerita.
Muka Tuah pula tak sepatutnya dihalang oleh kayu-kayu di foreground.
Jebat juga tak patut dipisahkan dengan rakan-rakan yang lain kerana mereka sepakat tentang isu warisan.

Bila Tuah membaca skrol, kamera tak boleh cross the line kerana konotasinya negatif & tak sesuai dengan konteks cerita di awal filem.

Di akhir cerita, sepatutnya kesemua rakan (melainkan Tuah) perlu bersepakat membaca skrol & tidak hanya Jebat.

Tuesday, November 2, 2010

Filem Ratu The Movie



Sebuah filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen..merupakan
filem pertamaku menyunting filem..tp xpkai filem pun..sbb shooting pakai REDCAM...
tapi ingat senang ke nak sunting filem..??tgk senang arr..siang malam xtdo asyik menghadap
suntingan jer..penat OooOooOooo....n ni jgk first filem yang aku sendiri buat color grading...
tapi semestinya dengan bantuan my sifu En. Faizul A. Rashid n filem ni jgkla budak batch aku
azlee khairi jadi main dalam filem ni..agak kelakar arr..tapi bangga ada jgk arr  kot sbb
mmber sekelas jd pelakon pelem..hahaha..Jangan lupa saksikanya di pawagam..

Alasan Sempurna

kau pemimpi yang indah
membayangkan syurga di tanganmu
akal fikiranmu tidak endah
apa yang berlaku terhadapku

 aku bukan seorang dayus
menetakmu dengan kata-kata ku
bicarakan apa yang harus
di lakukan buat kau tersenyum

kau telah menyangkal harapanku
menutup terlalu awal telenovelaku

haruskah aku hadapi semua ini
sepenuh ragaku ingin kau kembali
hentikan darah yang mengalir
oh pulanglah bintangku
kerna mindaku telah bingung
mencari alasan sempurna agar kau kembali...